top of page
Search

TAKARA NU SHIMA

  • Writer: MARA JAPAN OISCA CENTRE
    MARA JAPAN OISCA CENTRE
  • Dec 7, 2023
  • 1 min read

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA dengan kerjasama OISCA Malaysia telah menganjurkan Takara nu Shima 2023 pada 26 September 2023 bertempat di Hyogo Hall, MARA-Japan Industrial Institute, Beranang.


Takara Nu Shima ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan budaya Jepun terutamanya budaya masyarakat Okinawa yang terkenal dengan keunikkannya. Program ini diserikan dengan persembahan artis jemputan dari Okinawa iaitu Encik Toyooka Massie yang menyanyikan lagu-lagu traditional Jepun.


Selain itu, program yang berlangsung selama 1 hari ini juga menyediakan Pameran Sejarah Bom Atom yang telah menimpa Hiroshima pada 19 Ogos 1945 yang telah meragut nyawa 226,000 penduduk Hiroshima. Pendedahan ini amat penting bagi mendidik pelajar untuk sentiasa bersyukur dengan keamanan yang dikecapi Malaysia sekarang.





 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page