SOOBETSUKAI PENGARAH MJII
- MARA JAPAN OISCA CENTRE
- Jul 26, 2023
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah mengadakan Majlis Perpisahan (Soobetsukai) untuk Pengarah MARA-Japan Industrial Institute, Hjh Zarinah Binti Idrus yang akan bersara pada 1 April 2023. Majlis telah diadakan pada 15 Mac 2023 bertempat di Lemon Garden @ Shangri-La Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik MARA merangkap Ketua Biro Teknikal OISCA Malaysia, Ir Mahzan Bin Teh.
Majlis adalah untuk menghargai jasa, sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh beliau kepada MARA-OISCA sepanjang beliau menjadi Pengarah MJII Beranang. Atas bantuan, dorongan dan sokongan beliau selama ini, program MARA-OISCA dapat berjalan dengan lancar.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu Encik Nizamuddin Bin Samsuri, Penolong Bendahari OISCA Malaysia, Encik Amar Amir Bin Omar serta kakitangan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA.


Comments