"SHURYOO SHIKI MARA-OISCA 2020"
- MARA JAPAN OISCA CENTRE
- Sep 25, 2020
- 1 min read
Majlis SHURYOO SHIKI 2020 MARA-OISCA telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA di Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA.

Seramai 16 orang pelajar MARA-OISCA diraikan dan mereka akan menjalani latihan industri di Jepun selama tiga tahun.
Untuk makluman, seramai 6 orang pelajar perantisan MARA-OISCA 2019 juga telah dianugerahkan Diploma Industrial Internship daripada OISCA International dan Inashi Jepun dan ini hanya dianugerahkan kepada pelajar-pelajar Malaysia sahaja.
Lebih membanggakan, saudara Muhamad Khairul bin Abdullah Sani yang tamat menjalani latihan di Jepun pada tahun 2019 telah dipilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Khas oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun.

Turut serta di dalam majlis ini ialah wakil dari syarikat Seimei Engineering Malaysia Sdn. Bhd, Nagoya Automobile Malaysia Sdn. Bhd, Seiko Elektrik Asia Sdn. Bhd dan juga ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri di Jepun.
Comentarios