Search
PERJUMPAAN PELAJAR DENGAN KETUA BIRO TEKNIKAL OISCA MALAYSIA
- MARA JAPAN OISCA CENTRE
- Feb 8, 2022
- 1 min read
Pada tanggal 5 Mei 2021, satu perjumpaan antara Ketua Biro Teknikal OISCA Malaysia merangkap Pengarah Bahagian Perancangan Strategik MARA, Ir Mahzan Bin Teh dengan pelajar-pelajar MARA-OISCA di Jepun telah diadakan melalui applikasi Microsoft Teams. Seramai 32 orang pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri disana terlibat dalam sesi tersebut.
Tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk mengetahui perkembangan terkini pelajar-pelajar di Jepun semasa pandemik Covid-19 ini serta menerangkan hala tuju dan objektif program MARA-OISCA ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan Penyelaras baru Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, Encik Nizamuddin Bin Samsuri kepada pelajar di Jepun.


Comments