top of page
Search

PERJUMPAAN OISCA INTERNATIONAL BERSAMA ALUMNI MARA-OISCA

  • Writer: MARA JAPAN OISCA CENTRE
    MARA JAPAN OISCA CENTRE
  • Dec 4, 2024
  • 1 min read

OISCA International Malaysian Chapter (OIMC) dengan kerjasama Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA (PBJMO) telah mengadakan Perjumpaan antara Alumni MARA-OISCA bersama delegasi OISCA International pada 21 Januari 2024 bertempat di Tokyo Hall, MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang.


Delegasi OISCA International diketuai oleh Encik Fujii Keisuke (Pengurus Bahagian Kerjasama Ibu Pejabat OISCA), Encik Toyoda Toshiyuki (Timbalan Pengarah OISCA Nishi Nippon Training Centre), Encik Chikuda Akio (Timbalan Pengarah OISCA Chubu Nippon Training Centre), Encik Abe Masayuki (Timbalan Pengarah OISCA Shikoku Nippon Training Centre), Encik IIkawa Hiroki (Timbalan Pengarah OISCA Nishi Nippon Training Centre) dan Encik Kiyomiza Hisaki (Timbalan Pengarah OISCA Kansai Nippon Training Centre)


Manakala OISCA Malaysia diwakili oleh Ts, Abdul Malib Bin Ludin (Ketua Biro Teknikal OISCA Malaysia) bersama-sama dengan Ir. Mohd Nizam Bin Mokhri (Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA), Puan Sharifah Ruhil Amani Bin Syed Omar (Pengurus OISCA International Malaysia Chapter) dan pengurusan MARA-OISCA.


Perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas dari alumni selepas mereka tamat latihan industri di Jepun dan kerjasama yang boleh diadakan antara alumni dengan OISCA International. Selain itu, perjumpaan ini juga dapat mengeratkan semula hubungan antara alumni dengan OISCA atau rakan-rakan lama, menyuntik inspirasi kepada pelajar semasa atau alumni muda melalui kisah kejayaan mereka, membina rangkaian hubungan profesional antara alumni untuk kerjasama dalam kerjaya atau perniagaan selain menyediakan peluang untuk mencari mentor atau peluang pekerjaan melalui perjumpaan ini.




 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page