PEMANTAUAN PELAJAR MARA-OISCA DI JEPUN
- MARA JAPAN OISCA CENTRE
- Dec 4, 2024
- 1 min read
MARA-OISCA telah menghantar seorang pegawai mereka ke Jepun bagi pemantauan prestasi pelajar bermula 21 Februari 2024 sehingga 27 Februari 2024. Antara syarikat yang terlibat adalah Wild Goose Co; Ltd, Shiga Daihatsu Co; Ltd dan Nitto Seiko Co; Ltd
Di Wild Goose Co; Ltd, terdapat 3 orang pelajar MARA-OISCA yang sedang menjalani latihan industri iaitu 2 orang bagi program 3 tahun manakala seorang bagi program Special Skill Worker (SSW) bagi tahun ke-4. Syarikat ini menawarkan bidang perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan baikpulih badan kenderaan kepada pelajar MARA-OISCA yang berminat untuk latihan industri di syarikat mereka. Wild Goose diwakili oleh Pengarah Urusan , Encik Tsutomu Okubo dan pengurusan tertinggi mereka.
Di Shiga Daihatsu Co; Ltd, terdapat 4 orang pelajar MARA-OISCA yang sedang mengikuti latihan industri selama 3 tahun. Shiga Daihatsu menawarkan perkhidmatan penyelengaraan kenderaan bagi jenama Daihatsu di Jepun. Kedatangan pegawai ke Shiga Daihatsu telah disambut oleh Encik Shigeyuki Nakamura (Pengarah) dan Encik Masahiro Kobori (Penasihat)
Di Nitto Seiko Co; Ltd, kini terdapat 2 orang alumni dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan yang sedang mengikuti latihan industri selama 3 tahun. Bidang latihan industri di syarikat ini adalah penyelenggaraan mesin industri. Kehadiran pegawai MARA-OISCA ke Nitto Seiko telah disambut oleh pengurusan tertinggi syarikat.




コメント