MAJLIS TAMAT KURSUS PELATIH BERMAZ AUTO BERHAD
- MARA JAPAN OISCA CENTRE
- Jul 28, 2023
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah dijemput oleh pihak Bermaz Auto Berhad bagi menghadiri Majlis Tamat Kursus Bahasa Jepun 2023. Majlis telah diadakan pada 20 Julai 2023 bertempat BAuto Training School, Shah Alam. Majlis telah dihadiri oleh Dato Haji Shamsuddin Bin Hj Amran, Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Selepas Jualan Bermaz Auto Berhad.
Majlis adalah untuk meraikan 4 orang pelatih BAuto yang telah berjaya menamatkan dengan cemerlang Kursus Bahasa Jepun dan mereka ini akan berangkat ke Jepun pada akhir Julai ini bagi menjalani latihan industri di Mazda Jepun selama 3 tahun.
Untuk makluman anda, ini adalah tahun ke 2 MARA-OISCA menjalinkan kerjasama dengan Bermaz Auto Berhad bagi menyediakan pelatih-pelatih BAuto Training School dari segi bahasa dan budaya Jepun sebelum menjalani latihan di Jepun.

Comments