MAJLIS PERLEPASAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN 5/2023
- MARA JAPAN OISCA CENTRE
- Nov 6, 2023
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 6 orang pelajarnya ke Jepun pada tanggal 19 September 2023 bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun. Pelajar ini telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui Malaysia Airlines (MH88) pada jam 11.35malam.
Mereka terdiri daripada 2 orang pelajar bidang Automotif dari IKM Jasin iaitu MUHAMMAD AFFAN AMIERUL BIN YUSRIZA dan AHMAD ZAKI BIN ABDUL LATIF, 2 orang pelajar bidang bangunan dari KKTM Sri Gading iaitu MOHAMAD AFIQ AIMAN BIN AZEMI dan MUHAMMAD ZAFRI BIN MOHD ZAMRI, seorang pelajar bidang penghawa dingin dari IKM Sik iaitu MOHAMMAD AKMAL BIN MOHD KAMIL dan seorang pelajar bidang elektronik dari MJII Beranang iaitu MUHAMMAD SYAHMI BIN ZAKARIA.
Mereka ini akan ditempatkan di pelbagai industri di Jepun seperti Shiga Daihatsu Co; Ltd (Bidang Automotif), Field Service Co; Ltd (Bidang Bangunan), Kakegawa Kucho Co; Ltd (Bidang Penghawa Dingin) dan Seiko Denki Co; Ltd (Bidang Elektronik).
Pelajar ini adalah dibawah Program Perantisan Pelajar MARA-OISCA dan ditaja sepenuhnya oleh MARA dan OISCA.



Comments