top of page
Search

MAJLIS PENGHANTARAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN 2/2020

  • ズ ルキフリ
  • Sep 25, 2020
  • 1 min read

Updated: Feb 8, 2022

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 2 orang pelajarnya ke Jepun pada tanggal 31 Januari 2020 bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun. Mereka telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui pesawat Malaysia Airlines (MH88) pada jam 11.35malam.


Mereka terdiri daripada bidang automotif iaitu saudara Muhammad Zaini Bin Hashim dari KKTM Masjid Tanah Melaka yang akan ditempatkan di syarikat Wild Goose Co; Ltd dan Muhammad Amirul Hakim Bin Isha dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading dari bidang bangunan yang akan ditempatkan di syarikat Yasuki Construction Co; Ltd.


Mereka adalah pelajar dibawah Program Perantisan MARA-OISCA dan ditaja sepenuhnya oleh MARA dan OISCA.




 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page