top of page
Search

MAJLIS PENGHANTARAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN 1/2020

  • ズ ルキフリ
  • Sep 25, 2020
  • 1 min read

Updated: Feb 8, 2022

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 6 orang pelajarnya ke Jepun pada tanggal 21 Januari 2020 bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun. Mereka telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui pesawat Malaysia Airlines (MH88) pada jam 11.35malam.




Mereka terdiri daripada 6 orang pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Empat orang pelajar dari bidang automotif saudara Mohd Mazri Bin Mohd Khir Johari, Mohd Syakir Fahmi Bin Mohd Zaki, Muhammad Hakimi Bin Kamardin dan Syazwan Asyraf Bin Sharif dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah, Melaka yang akan ditempatkan di syarikat Shiga Daihatsu Co; Ltd


Dua orang pelajar lagi dari bidang automotif juga iaitu saudara Mohamad Ariff Bin Mohamed Roseli (KKTM Masjid Tanah) dan saudara Wan Muhammad Izzat Arshad Bin Zakariah (Unikl MSI) akan ditempatkan di syarikat Saitama Daihatsu Co; Ltd.


Mereka adalah pelajar dibawah Program Perantisan MARA-OISCA dan ditaja sepenuhnya oleh MARA dan OISCA.





 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page