top of page
Search

LAWATAN SETIAUSAHA AGONG OISCA MALAYSIA KE JEPUN

  • Writer: MARA JAPAN OISCA CENTRE
    MARA JAPAN OISCA CENTRE
  • Dec 7, 2023
  • 1 min read

Pada tanggal 1 Oktober 2023, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik MARA merangkap Setiausaha Agong OISCA International Malaysian Chapter (OIMC), Ir Mahzan Bin Teh melakukan lawatan kerja ke negara Jepun bagi menghadiri Persidangan Lembaga Pengarah OISCA International yang telah diadakan di The National Olympic Memorial Youth Center, Tokyo. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh President OISCA International, Ms Etsuko Nakano dan dihadiri wakil-wakil dari setiap negara yang menganggotai OISCA.


Persidangan Lembaga Pengarah OISCA International ini adalah acara tahunan yang diadakan bagi menghimpun pemegang taruh OISCA di seluruh dunia bagi membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2023 serta perancangan bagi tahun 2024. Ir. Mahzan Bin Teh yang mewakili MARA-OISCA telah membentangkan laporan tahunan serta perancangan MARA-OISCA bagi tahun 2024.


Selain dari menghadiri persidangan, beliau juga telah mengadakan beberapa lawatan ke syarikat di Jepun bagi melihat potensi dan kerjasama yang boleh dijalinkan oleh MARA selain mengeratkan lagi kerjasama dengan syarikat sedia ada. Antara syarikat yang dilawati oleh beliau adalah Suzuki Automobile Co; Ltd, Yasashite Co; Ltd, Seimei Engineering Co; Ltd dan Esuzu Co' Ltd. Selain melawat syarikat, beliau juga mengambil peluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar MARA-OISCA yang sedang menjalani Latihan Industri di Jepun.


Ahli Lembaga Pengarah OISCA International

Lawatan delegasi ke Ibu Pejabat Suzuki Automobile

Lawatan ke syarikat Nakamuran Construction Co; Ltd

 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page