top of page
Search

LAWATAN OISCA INTERNATIONAL KE INDUSTRI DI BAWAH MARA-OISCA

  • Writer: MARA JAPAN OISCA CENTRE
    MARA JAPAN OISCA CENTRE
  • Dec 4, 2024
  • 1 min read

Delegasi OISCA International yang dalam rangka lawatan ke Malaysia telah melawat beberapa industri di bawah MARA-OISCA.


Pada 22 Januari 2024, OISCA International melakukan lawatan ke Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn Bhd (NAM). Ketibaan delegasi ini telah disambut oleh Pengarah Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn Bhd, Encik Itsuki Iha dan pengurusan tertinggi syarikat. Lawatan ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama yang telah terjalin memandangkan NAM adalah anak syarikat kepada Aichi Daihatsu


Pada 23 Januari 2024 pula, delegasi OISCA International telah dibawa melawat Seimei Engineering (Malaysia) Sdn Bhd yang terletak di Subang. Untuk makluman, Seimei Engineeing Malaysia Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Seimei Engineering Co; Ltd. Syarikat ini telah diuruskan oleh alumni MARA-OISCA iaitu Encik Mohd Hafezal yang kini memegang jawatan Pengarah Urusan.


Selain melihat potensi kerjasama yang boleh dilakukan, delegasi juga berjumpa alumni yang telah tamat di Jepun bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan keberkesanan Program MARA-OISCA dan pembaharuan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti program ini.






 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page