LAWATAN KE DAIHATSU PERODUA ENGINE MANUFACTURING SDN BHD
- ズ ルキフリ
- May 19, 2022
- 1 min read
Updated: Jun 1, 2023
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah mengadakan lawatan Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd pada tanggal 4 September 2020 bertempat di Sendayan, Negeri Sembilan. Mewakili MARA-OISCA adalah Encik Mohd Faiz Bin Mat Daud, Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA dan Encik Zulkefli Bin Yaacab.

Bagi pihak syarikat Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd diketuai oleh Encik Shigeyuki Nakamura (President Shiga Daihatsu Co; Ltd), Encik Masahiro Kobori (Penyelia Shiga Daihatsu Co; Ltd), Encik Ichiro Otaki (Pegawai Daihatsu Industry Co; Ltd) serta Puan Juie Munakata Tuikora (Pegawai OISCA Chubu Training Center).
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat tersebut dan perbincangan serta kerjasama bagi penghantaran pelajar ke Jepun dalam bidang pembuatan.
Comments