top of page
Search

LAWATAN DPEM SDN BHD KE BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA

  • ズ ルキフリ
  • May 19, 2022
  • 1 min read

Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA serta Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd pada tanggal 12 Ogos 2020 bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.


Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu Ir Mahzan Bin Teh, Timbalan Pengarah I Encik Khairul Hisham Abd Kadar dan Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu Encik Mohd Faiz Bin Mat Daud.


Delegasi syarikat Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd diwakili oleh Encik Otaki Ichiro (Pengarah Urusan DPEM Sdn Bhd), dan Encik Khairul Efendi Bin Rosli.


Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan penerangan tentang organisasi MARA memandangkan ini adalah lawatan kali pertama yang dilakukan oleh syarikat Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd ke Majlis Amanah Rakyat (MARA). Selain itu, lawatan ini untuk membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan oleh DPEM dan MARA pada masa hadapan yang boleh memberi banyak manfaat kepada pelajar lepasan MARA kelak.



 
 
 

Comentarii


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page