LAWATAN DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SABAH
- MARA JAPAN OISCA CENTRE
- Dec 7, 2023
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah pada tanggal 1 November 2023 bertempat di Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA merangkap Ketua Biro Teknikal OISCA Malaysia iaitu Ts. Abdul Malib Bin Ludin dan Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, Ir. Mohd Nizam Bin Mokhri. Delegasi diwakili oleh Encik Nordin Bin Fazal Elahi (Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi) dan Encik Sabrezani (Jawatankuasa Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah).
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program MARA-OISCA selain untuk membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan antara Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah dan MARA pada masa hadapan yang boleh memberi banyak manfaat kepada pelajar dari Sabah.

Comments