LAWATAN BERMAZ GROUP, KANTO MAZDA CO; LTD, MAZDA MOTOR CORPORATION DAN SOMPO INSURANCE INC
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari Bermaz Group, Kanto Mazda Co; Ltd, Mazda Motor Corporation dan Sompo Insurance Inc. pada tanggal 29 November 2023 bertempat di MARA-Japan Industrial Institute.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA merangkap Ketua Biro Teknikal OISCA Malaysia iaitu Ts. Abdul Malib Bin Ludin, Dr Mahazani Bin Ali (Pengarah MARA-Japan Industrial Institute). Ir. Mohd Nizam Bin Mokhri (Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA), Puan Nordiana Bin Awang (Timbalan Pengarah KPHP MARA-Japan Industrial Institute), Puan Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun PBJMO), Cik Nur Alia Binti Azaham (Guru Bahasa Jepun PBJMO) serta En Najwan Abdul Rahman (Pegawai Perhubungan Industri MJII)
Delegasi Mazda diketuai oleh Dato' Hj. Shamsuddin Hj Amran (Ketua - Selepas Jualan, Bermaz Group), Encik Maeda (Ketua - Selepas Jualan, Kanto Mazda Co; Ltd), Encik Toyota (Pengurus Besar Mazda Motor Corporation), Encik Ito (Pengurus Sompo Insurance Inc) serta wakil-wakil syarikat.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang Program MARA-OISCA selain untuk membincangkan lebih lanjut kerjasama yang telah terjalin melalui Technical Intern Training Program (TITP) antara MARA dan Bermaz Group yang telah masuk tahun ke-3. Delegasi juga telah dibawa melawat kemudahan-kemudahan yang terdapat di MJII seperti bilik asrama, dewan makan dan kelas yang akan digunakan sepanjang 6 bulan pelajar TITP menjalani bahasa dan budaya di MJII Beranang.
ความคิดเห็น