top of page
Search

LAWATAN AICHI DAIHATSU CO; LTD

  • Writer: MARA JAPAN OISCA CENTRE
    MARA JAPAN OISCA CENTRE
  • Jul 26, 2023
  • 1 min read

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat Aichi Daihatsu Co; Ltd pada tanggal 26 Januari 2023 bertempat di MARA-Japan Industrial Institute, Beranang.


Ketibaan delegasi pada jam 10.00 pagi telah disambut oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik MARA merangkap Ketua Biro Teknikal OISCA Malaysia iaitu Ir Mahzan Bin Teh dan Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, Encik Nizamudin Bin Samsuri. Syarikat Aichi Daihatsu Co; Ltd diwakili oleh Encik Tsubouchi (President Aichi Daihatsu Co; Ltd), Encik Itsuki Iha (Pengarah Urusan Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn Bhd).


Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MARA selain untuk membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan antara Aichi Daihatsu dan MARA pada masa hadapan yang boleh memberi banyak manfaat kepada pelajar lepasan MARA kelak.



 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page