Search
"KENALI PERSONALITI DIRI" BERSAMA KAUNSELOR MJII
- MARA JAPAN OISCA CENTRE
- Aug 7, 2023
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya MJII Beranang telah mengadakan sesi "Kenali Personaliti Diri" yang melibatkan pelajar Kursus Asas dan Kursus Lanjutan. Sesi ini telah diadakan pada 3 Ogos 2023 di Bilik Hiroshima, MJII Beranang. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Norriah Hani Binti Jamaluddin.
Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini melibatkan sesi suai kenal antara pelajar dan kaunselor, Ujian Personaliti serta penerangan dari keputusan ujian yang telah dilakukan. Dengan ujian yang dilakukan, pelajar boleh memperbaiki diri menjadi lebih baik dari sebelumnya dan mengetahui kekurangan diri yang boleh ditambah baik dalam kehidupan seharian.



Comments