top of page
Search

OISCA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH MARA

  • Writer: MARA JAPAN OISCA CENTRE
    MARA JAPAN OISCA CENTRE
  • Dec 4, 2024
  • 1 min read

Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf telah menerima kunjungan hormat daripada OISCA International yang diketuai oleh Mr. Fuuji Keisuke semalam bagi membincangkan kerjasama dalam memperkukuhkan hubungan dua hala.


Mr. Fuuji Keisuke hadir bersama delegasi daripada OISCA Training Centre di Jepun.


Turut menyambut delegasi OISCA, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik merangkap Setiausaha Agung OISCA International Malaysian Chapter, Ir. Mahzan bin Teh dan Timbalan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal, Encik Abdul Malib bin Ludin.


Antara yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak ialah mempromosikan bidang pertanian kepada agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) seperti RISDA, FELCA, KEDA dan lain-lain, pembangunan latihan-latihan profesional serta menggalakkan penyertaan alumni dengan pendaftaran sebagai Kelab Alumni OISCA.


Usaha ini akan membantu memupuk kerjasama dengan pelajar semasa dan akan datang serta mengekalkan hubungan dengan OISCA International Japan.




 
 
 

Comentarios


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page