LAWATAN SYARIKAT WILD GOOSE CO; LTD
- ズ ルキフリ
- Aug 30, 2019
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat Wild Goose Co; Ltd pada tanggal 30 Ogos 2019 bertempat di Ibu Pejabat OISCA Malaysia, Kuala Lumpur. Ketibaan delegasi pada jam 9.00pg telah disambut oleh Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu Encik Mohd Faiz Bin Mat Daud. Syarikat Wild Goose Co; Ltd diwakili oleh Encik Okubo Tsutomu (Pengarah Urusan Wild Goose Co; Ltd) dan Encik Okubo Itsuki.


Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Puan Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun) dan Cik Nur Alia Binti Azaham (Guru Bahasa Jepun). OISCA International telah diwakili oleh Puan Sharifah Ruhil Amani Syed Omar (Penyelaras).

Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah untuk menghadiri temuduga sebagai panel bagi memilih seorang pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA untuk dihantar latihan di syarikat Wild Goose Co; pada awal tahun depan. Temuduga tersebut telah diadakan di pejabat OISCA Malaysia bertempat di Wisma Bumi Raya. Seramai 3 orang calon yang layak telah menghadiri temuduga tersebut.