LAWATAN SYARIKAT SEIMEI ENGINEERING CO; LTD
- ズ ルキフリ
- Sep 11, 2019
- 1 min read
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA serta Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat Seimei Engineering Co; Ltd pada tanggal 11 September 2019 bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Ketibaan delegasi pada jam 10.30 pagi telah disambut oleh Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu Encik Mahzan Bin Teh. Syarikat Seimei Engineering Co; Ltd diwakili oleh Encik Suzuki Hiroaki (President Seimei Engineering Co; Ltd), Encik Shiromoto Hirokazu (Pengarah Urusan Seimei Engineering (M) Sdn Bhd) dan Encik Mohamad Hafezal Bin Mat Nawi (Pengarah Syarikat Seimei Engineering (M) Sdn Bhd.



Turut hadir dalam pertemuan ini adalah iaitu Encik Mohd Faiz Bin Mat Daud (Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA), Puan Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun PBJMO) dan Cik Nur Alia Binti Azaham (Guru Bahasa Jepun PBJMO).
Sekian terima kasih.