top of page
Search

LAWATAN SHIGA DAIHATSU CO; LTD DAN DAIHATSU INDUSTRY CO; LTD

  • ズ ルキフリ
  • Sep 19, 2019
  • 1 min read

Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA serta Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat Shiga Daihatsu Co; Ltd dan Daihatsu Industry Co; Ltd pada tanggal 19 September 2019 bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.


Ketibaan delegasi pada jam 12.00 tengahari telah disambut oleh Setiausaha Agong OISCA Malaysia iaitu Encik Zahari Bin Aziz, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu Ir Mahzan Bin Teh dan Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu Encik Mohd Faiz Bin Mat Daud.


Delegasi syarikat Seimei Engineering Co; Ltd diketuai oleh Encik Shigeyuki Nakamura (President Shiga Daihatsu Co; Ltd), Encik Masahiro Kobori (Penyelia Shiga Daihatsu Co; Ltd), Encik Ichiro Otaki (Pegawai Daihatsu Industry Co; Ltd) serta Puan Juie Munakata Tuikora (Pegawai OISCA Chubu Training Center).


Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan penerangan tentang organisasi MARA memandangkan ini adalah lawatan kali pertama yang dilakukan oleh syarikat Shiga Daihatsu Co; Ltd ke Majlis Amanah Rakyat (MARA). Selain itu, lawatan ini untuk membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan oleh Daihatsu dan MARA pada masa hadapan yang boleh memberi banyak manfaat kepada pelajar lepasan MARA kelak.


 
 
 

Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page