top of page
Search

MAJLIS PENGHANTARAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN

  • ズ ルキフリ
  • Sep 17, 2019
  • 1 min read

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 3 orang pelajarnya ke Jepun pada tanggal 17 September 2019 bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun. Mereka telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui pesawat Malaysia Airlines (MH88) pada jam 11.35malam.



Mereka terdiri daripada 3 orang pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Seorang pelajar dari bidang bangunan iaitu saudara Muhammad Arieff Aizuddin Bin Mahrol dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading yang akan ditempatkan di syarikat Mito Construction Co; Ltd manakala dua orang pelajar lagi dari bidang aircond iaitu saudara Nik Muhammad Fauzan Naim Bin Nor Azan dan saudara Mohd Aiman Bin Mohamad Adam dari Institut Kemahiran MARA Beseri akan ditempatkan di syarikat Kakegawa Kucho Co; Ltd. Mereka adalah pelajar dibawah Program Perantisan MARA-OISCA dan ditaja sepenuhnya oleh MARA dan OISCA.


 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page