MAJLIS MERAIKAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN
- ズ ルキフリ
- Sep 17, 2019
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah mengadakan Majlis Meraikan Pelajar MARA-OISCA pada 17 September 2019 bertempat di Bilik Osaka, MARA-Japan Industrial Institute Beranang. Majlis adalah untuk meraikan enam orang pelajar MARA-OISCA yang akan berlepas ke Jepun bagi menjalani Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun di syarikat Mito Construction Co; Ltd, Field Service Co; Ltd dan Kakegawa Kucho Co; Ltd di bawah program MARA-OISCA.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Puan Hjh Zarinah Binti Idrus (Pengarah MARA-Japan Industrial Institute Beranang), Encik Amar Amir Bin Omar (Penolong Bendahari OISCA Malaysia), Encik Najwan Bin Abdul Rahman (Pegawai Perkhidmatan Industri MJII), pensyarah Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, pensyarah MJII Beranang, ibu bapa serta ahli keluarga pelajar yang diraikan.




