LAWATAN KERJA KE PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA TENOM, SABAH
- ズ ルキフリ
- Aug 8, 2019
- 1 min read
Satu lawatan kerja rasmi ke Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom, Sabah telah diadakan pada tanggal 7 Ogos 2019 oleh delegasi dari MARA-OISCA. Lawatan ini diketuai oleh Encik Zahari Bin Aziz (Setiausaha Agong OISCA Malaysia).

Ketibaan delegasi ini telah disambut oleh Dr. Rainal Bin Lasumin (Timbalan Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa Sabah) dan Encik D.H Mil Sharif Biok (Penyelaras Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom) serta pengurusan Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengadakan sesi "Engagement" bersama Setiausaha Agong Malaysia yang baru iaitu Encik Zahari Bin Aziz. Selain itu, turut dibincangkan adalah kerjasama MARA-OISCA dengan KPD-OISCA yang telah lama terjalin dalam memberi pendedahan budaya dan etika kerja Jepun kepada pelajar MARA-OISCA sebelum mereka menjalani menjalani Latihan Sambil Kerja (LSK) di Jepun selama 3 tahun.




Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ir. Mahzan Bin Teh (Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA merangkap Ketua Biro Teknikal OISCA Malaysia), Encik Suhaimi Bin Zainuddin (Pengarah MARA Negeri Sabah). Encik Khairil Anwar Bin Sobri (Pengarah Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu), Encik Mohd Faiz Bin Mat Daud (Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA) dan Pegawai MARA Daerah Keningau.