PROGRAM LATIHAN ORIENTASI PELAJAR MARA-OISCA DI SABAH SESI 2/2019
- ズ ルキフリ
- Aug 9, 2019
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah berjaya mengadakan Program Latihan Orientasi bagi pelajar MARA-OISCA yang akan ke Jepun pada tahun 2019.

Untuk makluman, para pelajar yang telah mengikuti kursus lanjutan dan telah terpilih bagi menjalani latihan internship di Jepun selama 3 tahun perlu menjalani program orientasi selama 2 minggu. Pihak OISCA Jepun telah menetapkan bahawa pelajar yang akan mengikuti Latihan Internship di Jepun perlu mengikuti sebuah program orientasi khas di mana program berkenaan merangkumi bidang pertanian, kebudayaan dan latihan fizikal. Ia bertujuan untuk mempersiapkan pelajar-pelajar tersebut dari segi mental dan fizikal.
Program latihan ini telah diadakan bermula pada 28 Julai 2019 sehingga 09 Julai 2019 bertempat di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom, Sabah. Seramai 6 orang pelajar dari bidang bangunan dan aircond lepasan IPMa yang telah terpilih untuk LSK di Jepun telah mengikuti program ini selama 2 minggu.




Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program serta banyak membantu pelajar sepanjang berada di sana.