PERJUMPAAN PELAJAR DENGAN PENGARAH BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA
- ズ ルキフリ
- Jul 29, 2019
- 1 min read
Seramai enam orang pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA dari kursus Lanjutan yang telah terpilih untuk menjalani Latihan Sambil Kerja (LSK) di Jepun telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu Ir Hj Mahzan Bin Teh bertempat di Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur pada 25 Julai 2019 yang lalu.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada pengarah BKT serta mendengar amanat dan nasihat yang ingin disampaikan sebelum para pelajar ini menjalani latihan di Jepun selama 3 tahun.

Mereka terdiri daripada 4 orang pelajar dari KKTM Sri Gading iaitu saudara Muhammad Arieff Aizuddin Bin Mahrol (Mito Construction Co; Ltd), Muhammad Annuar Bin Mohd Sapuan (Field Service Co; Ltd), Muhamad Helmy Bin Masran (Field Service Co; Ltd) dan Sheikh Daniel Bin Sh Ishak (Field Service Co; Ltd). Untuk bidang aircond pula terdiri daripada Nik Muhammad Fauzan Naim Bin Nor Azan (IKM Beseri) dan Muhammad Aiman Bin Mohd Adam (IKM Kuala Lumpur).
Mereka antara pelajar kursus Asas Bahasa Jepun yang telah berjaya menjalani kursus ini selama 2 bulan dan seterusnya menjalani temuduga bersama syarikat-syarikat untuk latihan industri di Jepun.