top of page

LAWATAN SYARIKAT MT CONSTRUCTION CO; LTD

  • ズ ルキフリ
  • Jul 29, 2019
  • 1 min read

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat MT Construction Co; Ltd pada tanggal 19 Julai 2019 bertempat di Pejabat Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Ketibaan delegasi pada jam 10.00pg telah disambut oleh pegawai Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu Pn Fitrah Junko Hirose. Syarikat MT Construction Co; Ltd diwakili oleh Encik Konuma Onuma (CEO MT Construction Co; Ltd) dan Encik Syahir.


Tujuan lawatan ini adalah untuk mencari peluang kerjasama yang boleh diambil antara MARA-OISCA dengan MT Construction Co; Ltd dalam bidang pembinaan. Untuk makluman, syarikat ini berpangkalan di Kanagawa-Ken, Japan dan terlibat dengan industri pembinaan di Jepun sejak tahun 1975. Syarikat ini berminat untuk mengambil pelajar lepasan MARA untuk menjalani latihan industri di Jepun dibawah program MARA-OISCA selama 3 tahun.


Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Cik Nur Alia Azaham (Guru Bahasa Jepun) dan OISCA International telah diwakili oleh Puan Sharifah Ruhil Amani Syed Omar (Penyelaras).


 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page