LAWATAN SYARIKAT FIELD SERVICE CO; LTD
- ズ ルキフリ
- May 23, 2019
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat Field Service Co; Ltd pada tanggal 23 Mei 2019 bertempat di Ibu Pejabat OISCA Malaysia, Kuala Lumpur. Ketibaan delegasi pada jam 8.30pg telah disambut oleh Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu Pn Farah Binti Hamdan. Syarikat Field Service Co; Ltd diwakili oleh Encik Nakatsugawa Kinji (Pengarah Field Service Co; Ltd) dan Encik Mitsuma (Pengarah Kejuruteraan Nakamura Construction Co; Ltd).

Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Puan Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun) dan Cik Nur Alia Binti Azaham (Guru Bahasa Jepun). OISCA International telah diwakili oleh Puan Sharifah Ruhil Amani Syed Omar (Penyelaras).
Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah untuk menghadiri temuduga sebagai panel bagi memilih 3 orang pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA untuk dihantar latihan di syarikat Field Service Co; pada akhir tahun ini. Temuduga tersebut telah diadakan di pejabat OISCA Malaysia bertempat di Wisma Bumi Raya. Seramai 5 orang calon yang layak telah menghadiri temuduga tersebut.