LAWATAN KE SYARIKAT NIPPON ROAD (M) SDN BHD
- ズ ルキフリ
- May 23, 2019
- 1 min read
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA serta Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah melakukan lawatan ke syarikat Nippon Road (M) Sdn Bhd pada tanggal 23 Mei 2019 yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Ketibaan delegasi kami pada jam 2.30ptg telah disambut oleh Pengarah Urusan Nippon Road (M) Sdn Bhd iaitu Encik Moriyuki Sasamura dan kakitangan beliau.


Delegasi MARA diketuai oleh Tuan Hj Mahzan Bin Teh (Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA), Encik Khairul Hisham Bin Abd Kadar (Timbalan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA), Puan Farah Binti Hamdan (Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA), Puan Azeana Binti Abdullah (Pegawai Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA) dan Cik Nur Alia Binti Azaham (Pegawai Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA).
Turut serta dalam perjumpaan ini adalah pegawai-pegawai dari syarikat Nippon Road (M) Sdn Bhd iaitu Puan Tricia Tang (Pengurus Besar Bahagian Pentadbiran), Encik Tetsuo Shinohara (Pengurus Besar Bahagian Binaan) dan Puan Moriati Mohamed (Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan).
Comments