top of page
Search

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PUSAT BAHASA JEPUN MARA-OISCA 2019

  • ズ ルキフリ
  • Jun 24, 2019
  • 1 min read

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2019 pada tanggal 24 Jun 2019 bertempat di pejabat Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, MJII Beranang. Tujuan diadakan rumah terbuka ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pengurusan dengan pelajar-pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA.


Pelbagai juadah enak telah dihidangkan sepanjang majlis berlangsung antaranya nasi ayam, bihun sup, rendang ayam, lemang, satay, nasi impit, kuah kacang, sushi dan lain-lain. Selain itu, pelajar-pelajar telah menghiasi persekitaran pejabat dengan pelbagai hiasan bagi memeriahkan lagi suasana rumah terbuka hari raya tersebut.


Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima kehadiran tetamu istimewa iaitu Tuan Hj Mahzan Bin Teh (Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA) dan Encik Zahari Bin Aziz (Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA merangkap Setiausaha Agong Malaysia).


Selain itu, turut hadir bagi memeriahkan rumah terbuka ini adalah Tn Hj Arba'ain Bin Jaafar (Pengarah Projek Malaysia-Japan Higher Education Program), Puan Hjh Zarinah Binti Idrus (Pengarah MARA-Japan Industrial Institute,Beranang), Encik Mohd Azkamal Bin Hj Muhaini (Timbalan Pengarah KPHP MARA-Japan Industrial Institute,Beranang), Puan Rosnani Binti Mohd Rosdi (Timbalan Pengarah HEA MARA-Japan Industrial Institute,Beranang), Encik Mohd Zaidan Bin Mohd Zahari (Ketua Jabatan Agrobusiness Kolej Profesional MARA, Beranang), Encik Mohd Khairul Helmi Bin Termizi (Mantan Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA), Puan Norilawati Binti Ahmad Nawari (Guru Bahasa Jepun MJII Beranang) dan Puan Nurhana Binti Suhaimi (Guru Bahasa Jepun MJII Beranang) .








Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua musliman dan muslimat. Semoga hari raya yang tiba ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

 
 
 

Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page