LAWATAN SYARIKAT KAKEGAWA KUCHO SERVICES CO; LTD
- ズ ルキフリ
- May 17, 2019
- 1 min read
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA serta Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat Kakegawa Kucho Services Co; Ltd pada tanggal 16 Mei 2019 bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Ketibaan delegasi pada jam 12.15 tengahari telah disambut oleh Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu Encik Mahzan Bin Teh. Syarikat Kakegawa Kucho Services Co; Ltd diwakili oleh Encik Miyaki Yosuke (President Kakegawa Kucho Services Co; Ltd) dan Encik Naruse (Kakegawa Kucho Services Co; Ltd).

Ini adalah kunjungan balas dari syarikat kepada Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal. Untuk makluman, Encik Mahzan Bin Teh telah melakukan lawatan kerja ke Jepun pada April 2019 untuk memantau pelajar-pelajar tajaan MARA-OISCA dan telah melawat syarikat Kakegawa Kucho Services Co; Ltd serta berjumpa dengan pengurusan syarikat termasuk president syarikat iaitu Encik Miyaki Yosuke.


Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu Puan Farah Binti Hamdan, Puan Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun PBJMO) dan Cik Nur Alia Binti Azaham (Guru Bahasa Jepun PBJMO). Selain itu, Encik Shiromoto Hirokazu yang menjadi pengiring bagi wakil syarikat turut hadir dalam perjumpaan tersebut.

Pada sebelah pagi, delegasi telah menghadiri temuduga sebagai panel bagi memilih dua (2) orang pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA untuk dihantar latihan di syarikat Kakegawa Kucho Services Co; Ltd pada akhir tahun ini. Temuduga tersebut telah diadakan di pejabat OISCA Malaysia bertempat di Wisma Bumi Raya. Seramai 3 orang calon yang layak telah menghadiri temuduga tersebut.
Sekian, terima kasih.