PENGHANTARAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN BATCH 3/2019
- ズ ルキフリ
- May 15, 2019
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 2 orang pelajarnya ke Jepun pada tanggal 14 Mei 2019 bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun. Mereka telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui pesawat Malaysia Airlines (MH88) pada jam 11.35malam.

Mereka terdiri daripada 2 orang pelajar dari bidang automotif yang akan ditempatkan di syarikat Mikawa Daihatsu Co; Ltd iaitu saudara Muhammad Farihin Bin Sazali dan saudara Mohd Hafizi Bin Che Mohd Noor dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, Melaka. Mereka adalah pelajar dibawah Program Perantisan MARA-OISCA dan ditaja sepenuhnya oleh MARA dan OISCA.




Majlis telah dihadiri oleh Puan Fitrah Junko Hirose iaitu Guru Bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mewakili Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, Puan Farah Binti Hamdan. Turut serta adalah pegawai-pegawai dari Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA.