LAWATAN SYARIKAT MITO CONSTRUCTION CO; LTD
- ズ ルキフリ
- May 9, 2019
- 1 min read
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA serta Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari syarikat Mito Construction Co; Ltd pada tanggal 9 Mei 2019 bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Ketibaan delegasi pada jam 2.30ptg telah disambut oleh Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu Encik Mahzan Bin Teh dan kakitangan beliau. Syarikat Mito Construction Co; Ltd diwakili oleh Encik Mizumoto Hiroshi (Pengurus Besar Mito Construction Co; Ltd) dan Encik Miura Matsuo (Pengarah Mito Construction Co; Ltd)

Pelbagai perkara dibincangkan sepanjang pertemuan selama dua jam tersebut antaranya kerjasama antara MARA dengan syarikat Mito Construction dan menambah bilangan pelajar yang menjalani Latihan Sambil Kerja (LSK) di syarikat tersebut pada masa akan datang.






Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu Puan Farah Binti Hamdan dan Puan Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun). OISCA International telah diwakili oleh Puan Sharifah Ruhil Amani Syed Omar (Penyelaras).
Pada sebelah pagi, delegasi telah menghadiri temuduga sebagai panel bagi memilih seorang pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA untuk dihantar latihan di syarikat Mito Construction Co; pada akhir tahun ini. Temuduga tersebut telah diadakan di pejabat OISCA Malaysia bertempat di Wisma Bumi Raya. Seramai 6 orang calon yang layak telah menghadiri temuduga tersebut.

Sekian. Terima kasih