MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENYELARAS PUSAT BAHASA JEPUN MARA-OISCA
- ズ ルキフリ
- Mar 28, 2019
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah mengadakan majlis perpisahan bagi mantan penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA iaitu En Afif Farhan Bin Ali bertempat di kelas Hokkaido. Beliau telah dilantik menggalas tanggungjawab berikut bermula tahun 2015 sehingga 2017 mengantikan En Mohd Khairil Helmi Bin Tarmizi yang diserap masuk ke MARA-Japan Industrial Institute sebagai pensyarah . Pada tahun 2016 pula, beliau telah diserap masuk ke MARA-Japan Industrial Institute sebagai pensyarah di Jabatan Microelectronic.

En Afif Farhan Bin Ali telah membuat keputusan untuk memasuki bidang industri semula. Beliau akan melapor diri pada 1 April 2019. Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang mengetuai Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Kami mengucapkan selamat berjaya di tempat baru dan semoga dipermudahkan segala urusan.



