KURSUS ASAS BAHASA JEPUN TERBUKA 2019
- ズ ルキフリ
- Mar 18, 2019
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah mengadakan Kursus Asas Bahasa Jepun Terbuka 2019 bermula 25 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019 bertempat di MARA-Japan Industrial Institute, Beranang. Seramai 14 orang telah melapor diri bagi mengikuti kursus ini. Kami telah menerima 47 permohonan dari pelajar untuk mengikuti kursus ini.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan bahasa dan budaya Jepun kepada pelajar. Sepanjang 3 minggu disini, pelajar akan mempelajari huruf Higarana dan Katakan. Pelajar juga diajar untuk mempelajari budaya serta masakan makanan Jepun.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kursus berjalan. Antaranya adalah kelas memasak makanan Jepun. Pelajar diberi peluang untuk membuat sendiri makanan Jepun tersebut. Ada antara mereka merupakan kali pertama merasa masakan Jepun.

Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk memakai pakaian traditional Jepun seperti Yukata dan Happi. Pelajar diajar cara-cara untuk memakai pakaian tersebut dengan betul mengikut tradisi orang Jepun.
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA juga telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Bahasa Jepun Terbuka 2019 bagi meraikan pelajar yang telah tamat kursus ini dengan jayanya. Majlis telah diadakan pada tanggal 15 Mac 2019 bertempat di Theatheret 4 MJII Beranang. Majlis telah dihadiri oleh En Mohd Azkamal bin Hj Muhaini iaitu Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, MJII Beranang.


