PENGHANTARAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN BATCH 1/2019
- ズ ルキフリ
- Feb 22, 2019
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 2 orang pelajarnya ke Jepun pada tanggal 22 Februari 2019 bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun. Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui pesawat Malaysia Airlines (MH88) pada jam 11.35malam.

Mereka terdiri daripada 2 orang pelajar dari bidang penyejukan dan penghawa dingin yang akan ditempatkan di syarikat Seimei Engineering Co; Ltd iaitu saudara Muhamad Haiqal Bin Mohd Yunus dari Institut Kemahiran MARA Sik manakala saudara Muhammad Ridzuan Bin Jaafar dari GiatMARA Serdang. Mereka adalah pelajar dibawah Program Perantisan MARA-OISCA dan ditaja sepenuhnya oleh MARA dan OISCA.
Majlis telah dihadiri oleh Pn Farah Binti Hamdan iaitu Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mewakili Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, En Mahzan Bin Teh. Turut serta adalah pegawai-pegawai dari Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA.