top of page
Search

PERJUMPAAN PELAJAR MARA-OISCA BERSAMA SETIAUSAHA AGONG MALAYSIA

  • ズ ルキフリ
  • Feb 8, 2019
  • 1 min read

Satu perjumpaan di antara pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA yang akan ke Jepun bersama Setiausaha Agong OISCA Malaysia merangkap Pengarah Bahagian Pinjaman Perniagaan MARA, En Zahari Bin Aziz telah diadakan pada 8 Februari 2019 bertempat di Bangunan MARA. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mendengar amanat dari Setiausaha Agong OISCA Malaysia sebelum mereka bertolak ke Jepun secara berperingkat bermula Februari ini.


Turut serta dalam perjumpaan ini pegawai dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu Pn Farah Binti Hamdan (Cawangan Perhubungan Luar dan Antarabangsa merangkap Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA) dan Pn Syarifah Ruhil Amani (Penyelaras OISCA International Japan) . Pegawai pengiring dari Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA pula adalah Pn Fitrah Junko Hirose dan En Zulkefli Bin Yaacab.


Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Agong OISCA Malaysia dan pegawai-pegawai MARA kerana sudi meluangkan masa berjumpa dengan pelajar sebelum para pelajar bertolak ke Jepun. Amanat yang diberikan akan di ingati dan diamalkan oleh pelajar sepanjang berada di Jepun.


 
 
 

Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page