Search
PERBINCANGAN KOLABORASI BERSAMA SYARIKAT SEIMEI ENGINEERING, JEPUN
- ミラ
- Jan 25, 2019
- 1 min read
Pada 24 Januari 2019, satu perbincangan telah dijalankan bersama syarikat Seimei Engineering di Kuala Lumpur. Perbincangan ini telah dihadiri oleh 1 orang wakil dari OISCA Malaysia, 2 orang wakil MARA dan 2 orang wakil dari syarikat Seimei Engineering iaitu Mr. Suzuki, Presiden Seimei Engineering dan Mr. Shiromoto, Presiden Seimei Engineering Malaysia.

Selain membincangkan mengenai pelajar MARA-OISCA yang sedang menjalani latihan sambil berkerja di syarikat Seimei Engineering di Jepun dan pelajar yang bakal dihantar ke syarikat Seimei pada tahun depan, perjumpaan ini juga telah membincangkan tentang kolaborasi terbaru yang bakal dijalankan dalam masa yang terdekat.