Search
LAWATAN SYARIKAT NAGOYA DAIHATSU CO; LTD
- アスラム
- Dec 19, 2018
- 1 min read
Pada 18 Disember 2018, Pusat Bahasa Jepun MARA OISCA telah menerima kunjungan dari delegasi Syarikat Nagoya Daihatsu Co; Ltd. Wakil syarikat ialah Encik Takanori Tsubouchi ( Presiden Nagoya Daihatsu Co; Ltd ) , Encik Itsuki Iha ( Wakil Nagoya Daihatsu Sdn Bhd ) dan Encik Urata.
Lawatan delegasi ini telah disambut oleh Encik Mahzan Bin Teh (Pengarah Kemahiran Dan Teknikal MARA), Puan Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun) dan Puan Syarifah Ruhil Amani (Pengurus OISCA Malaysia) yang bertempat di Ibu Pejabat Mara.
Perbincangan dua hala antara Nagoya Daihatsu Co; Ltd-MARA OISCA telah diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara Malaysia dan Jepun. Juga, untuk membincangkan kerjasama jangka masa panjang antara kedua belah pihak.

