top of page
Search

LAWATAN DELEGASI OISCA INTERNATIONAL JEPUN

  • アスラム
  • Dec 18, 2018
  • 1 min read

Pada 28 November 2018, Pusat Bahasa Jepun MARA OISCA telah menerima kunjungan dari delegasi OISCA International Jepun. Delegasi tersebut turut diketuai oleh Naib Presiden OISCA, Encik Nakano Toshihiro dan Setiausaha Agong OISCA International, Encik Nagaishi Yasuaki.


Lawatan delegasi ini telah disambut oleh Pengarah MJII Beranang iaitu Pn Hjh Zarinah binti Idrus , Puan Fitrah Junko Hirose ( Guru Bahasa Jepun ) dan Wakil Pengurusan MJII.


Delegasi telah dibawa bertemu dengan pengurusan YPM-MJHEP yang diketuai oleh Pengarah Projek MJHEP, Tuan Haji Arba’ain Bin Jaffar. Perbincangan dua hala antara YPM-MJHEP dan OISCA International telah diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara Malaysia dan Jepun.







 
 
 

Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page