top of page
Search

LAWATAN SYARIKAT NAGOYA AUTOMOBILE MALAYSIA SDN BHD

  • ズ ルキフリ
  • Oct 2, 2018
  • 1 min read

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima kehadiran wakil syarikat Nagoya Automobile Malaysia Sdn Bhd iaitu En Itsuki Iha bagi menjadi panel untuk memilih 2 orang pelajar MARA-OISCA untuk menjalani Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun di Jepun di bawah syarikat Mikawa Daihatsu Co; Ltd.


Seramai 4 orang pelajar yang layak telah menghadiri temuduga ini yang diadakan di Bilik Hiroshima, MARA-Japan Industrial Institute Beranang. Turut hadir bagi menjadi panel adalah En Najwan bin Abdul Rahman (MJII), En Abdul Wasei Haruka Kimura (OISCA) dan Pn Fitrah Junko Hirose (guru bahasa Jepun Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA)


En Itsuki Iha turut dibawa berjumpa dengan Pengarah MARA-Japan Industrial Institute Beranang iaitu Pn Hjh Zarinah binti Idrus.


 
 
 

Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page