Search
LAWATAN SYARIKAT PANAC ADVANCED FILM MALAYSIA SDN BHD
- ズ ルキフリ
- Sep 4, 2018
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari 2 orang wakil syarikat Panac Advanced Film Malaysia Sdn Bhd iaitu Cik Norharita binti Ibrahim (Pegawai Sumber Manusia) dan En Hirose (Pegawai Operasi). Mereka telah dijemput bagi menjadi panel temuduga bagi memilih 4 orang pelajar untuk mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) di Jepun di bawah syarikat Panac Co; Ltd selama 8 bulan.
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah diketuai Pn Farah binti Hamdan (Pegawai BKT), Pn Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun PBJMO), En Abdul Wasei Kimura (Guru Bahasa Jepun PBJMO), Pn Syarifah Ruhil Amani (Pengurus OISCA Malaysia) dan En Zulkefli bin Yaacab (Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA).

