MAJLIS PENGHANTARAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN
- ズ ルキフリ
- Sep 25, 2018
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 2 orang pelajarnya ke Jepun pada tanggal 25 September 2018 bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun. Mereka telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui pesawat Malaysia Airlines (MH88) pada jam 11.35malam.
Mereka terdiri daripada 2 orang pelajar. Seorang pelajar dari bidang bangunan iaitu saudara Wan Muhammad Danial Bin Wan Huzainizam dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, Kelantan akan ditempatkan di syarikat Mito Construction Co; Ltd manakala seorang lagi pelajar dari bidang elektronik iaitu saudara Muhammad Syukri Bin Hashim dari MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang akan ditempatkan di syarikat Seiko Denko Co; Ltd. Mereka adalah pelajar dibawah Program Perantisan MARA-OISCA dan ditaja sepenuhnya oleh MARA dan OISCA.