MAJLIS MERAIKAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN DAN MAJLIS TAMAT KURSUS ASAS BAHASA JEPUN SESI 4/2018
- ズ ルキフリ
- Sep 25, 2018
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah mengadakan Majlis Meraikan Pelajar MARA-OISCA pada 25 September 2018 bertempat di Kyoto Gallery, MARA-Japan Industrial Institute Beranang. Majlis adalah untuk meraikan dua orang pelajar MARA-OISCA yang akan berlepas ke Jepun bagi menjalani Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun di syarikat Seiko Denko Co; Ltd dan Mito Construction Co; Ltd di bawah program MARA-OISCA.
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA turut meraikan 16 orang pelajar kursus Asas bahasa Jepun dari kelas Hokkaido seramai 6 orang pelajar manakala kelas Panac seramai 10 orang. Mereka telah berjaya menamatkan kursus bahasa Jepun yang dijalankan selama 2 bulan ini.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia En Zahari bin Aziz (Setiausaha Agung OISCA Malaysia), En Mohd Azkamal bin Hj Muhaini (Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar MJII), En Mohd Azman bin Mohd Rafaie (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademi MJII), Pn Zalina binti Zulkabli (Ketua Jabatan Control MJII), mantan penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, pensyarah Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, pensyarah MJII Beranang, ibu bapa serta ahli keluarga pelajar yang diraikan.



Kelas Hokkaido dan Kelas Panac


Kelas Panac
