top of page
Search

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PENGAMBILAN KHAS SYARIKAT

  • ズ ルキフリ
  • Jul 23, 2018
  • 1 min read

Seramai 10 orang pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) telah mendaftarkan diri pada pengambilan Khas ini. Mereka terdiri dari bidang mekanikal dan pembuatan yang telah berjaya menjalani temuduga bersama MARA-OISCA. Pelajar ini adalah dibawah program syarikat Panac Co; Ltd dan sepanjang program dijalankan selama 2 bulan, pelajar-pelajar akan dipantau oleh pihak syarikat. Selepas 2 bulan program, ke semua pelajar akan dipanggil untuk menghadiri temuduga bersama syarikat sebelum di hantar untuk menjalani latihan di Jepun selama 8 bulan. Setelah habis 8 bulan latihan di Jepun, pelajar akan terus mengikat kontrak selama 3 tahun dan akan bekerja di bawah syarikat Panac Advanced Film Malaysia Sdn Bhd.


Berlatarbelakangkan dari pelbagai negeri, bidang, dan pendidikan dengan satu cita-cita iaitu untuk menimba ilmu di Jepun, peluang dan kemudahan yang diberi oleh MARA dan OISCA ini perlu diambil untuk mengubah masa depan lebih cerah. Tahniah pada mereka yang terpilih. Selamat berjuang untuk 2 bulan ini. Insyallah ada rezeki dapatlah ke Jepun.







 
 
 

Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page