MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
- ズ ルキフリ
- May 24, 2018
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menganjurkan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas sesi 2/2018 dan Majlis Berbuka Puasa pada 23 Mei 2018 jam 6.30ptg bertempat di pejabat Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, MJII Beranang. Majlis dianjurkan dengan kerjasama dari OISCA Malaysia.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran En Mohd Azkamal Bin Hj Muhaini iaitu Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar MJII Beranang mewakili Pengarah MJII Hjh Zarinah Binti Idrus yang tidak dapat hadir bagi merasmikan majlis ini. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pn Syariffah Ruhil Amani Binti Syed Omar (Pengurus OISCA Malaysia), En Afif Farhan Bin Ali (Mantan Penyelaras PBJMO) dan Pn Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun).
Acara dimulakan dengan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas sesi 2/2018. Bacaan doa dibacakan oleh saudara Wan Muhammad Danial. Ucapan wakil pelajar diwakili oleh saudara Wan Muhammad Izzat Arshad. Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan dan amanat dari En Mohd Azkamal Bin Hj Muhaini dan diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pelajar kursus asas.
Program diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa. Majlis telah disertai oleh warga kerja Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, pelajar kursus asas serta pelajar kursus lanjutan. Pelbagai juadah disediakan untuk menjamu tetamu yang hadir.










