LAWATAN PEMANTAUAN PELATIH DI JEPUN
- ズ ルキフリ
- May 24, 2018
- 5 min read
Satu lawatan pemantauan tidak rasmi telah diadakan bermula 15 Mei 2018 sehingga 20 Mei 2018 di Jepun. Lawatan ini telah dilakukan oleh Pn Fitrah Junko Hirose mewakili MARA dan OISCA. Beliau telah melawat beberapa syarikat dan pusat latihan yang menempatkan pelajar-pelajar di bawah program tajaan MARA dan OISCA. Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan melihat prestasi pelatih-pelatih disana. Selain itu, lawatan ini adalah untuk melihat persekitaran syarikat terbabit.
An informal monitoring visit was held from May 15, 2018 to May 20, 2018 in Japan. This visit was performed by Pn Fitrah Junko Hirose representing MARA and OISCA. She visit several companies and training centers that placed students under the MARA and OISCA sponsored programs. The visit aims to monitor and see the performance of the trainers there. In addition, this visit is to see the company's environment.

Lawatan dimulai dengan melawat syarikat Daichi Kikaku Co; Ltd yang terletak di Oita, Kyushu Japan pada tanggal 15 Mei 2018. Terdapat seorang pelatih kami yang ditempatkan disitu iaitu saudara Muhammad Zaimul Amin bin Mohd Zaim dari bidang bangunan. Saudara Zaimul adalah pelajar lepasan KKTM Seri Gading. Beliau telah ditempatkan disitu bermula Oktober 2016. Kehadiran Puan Fitrah telah disambut oleh En Uchida Tokuji iaitu Pengarah Daichi Kikaku Co; Ltd.
The visit started by visiting Daichi Kikaku Co.; Ltd company located in Oita, Kyushu Japan on May 15, 2018. There is one of our trainers training there, Mr Muhammad Zaimul Amin bin Mohd Zaim from the building course. Mr Zaimul's is a student of KKTM Seri Gading. He has been training there since October 2016. The presence of Mrs Fitrah was welcomed by En Uchida Tokuji, Daichi Kikaku Co Director; Ltd.

Lawatan diteruskan dengan melawat seorang lagi pelajar kami iaitu saudari Nur Amanina binti Abdul Rahman di OISCA Nishi Nippon Training Center pada tanggal 16 Mei 2018. Nur Amanina adalah pelajar lepasan KPM Beranang dari bidang Agrobusiness dan baru sahaja tiba di pusat latihan tersebut pada awal bulan April 2018. Nur Amanina akan berada di situ selama 11 bulan sahaja. Lawatan Puan Fitrah ini telah disambut oleh En Hirose Kaneaki iaitu Pengarah OISCA Nishi Nippon Training Center.
The visit was continued by visiting another student, Nur Amanina binti Abdul Rahman at the OISCA Nishi Nippon Training Center on May 16, 2018. Nur Amanina is a graduate student from KPM Beranang from the field of Agro business and has just arrived at the training center in early April 2018 Nur Amanina will be there for only 11 months. Mrs. Fitrah's visit was welcomed by En Hirose Kaneaki, Director of OISCA Nishi Nippon Training Center.

Seterusnya Puan Fitrah telah berkesempatan melawat seorang pelajar kami di syarikat Seiko Denki Seisakusho Co; Ltd yang terletak di Fukuoka, Japan. Saudara Mohammad Faturrahman bin Mohammad Farid dari bidang elektronik. Faturrahman adalah pelajar lepasan MARA-Japan Industrial Institute Beranang. Telah ditempatkan disitu bermula Julai 2016. Kehadiran Puan Fitrah ke syarikat tersebut telah disambut oleh En Ariyoshi Daisuke iaitu Pengarah Korporat Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia syarikat Seiko Denki Seisakusho Co; Ltd.
Next, Mrs Fitrah had the opportunity to visit a student at Seiko Denki Seisakusho Co.; Ltd located in Fukuoka, Japan. Mr Mohammad Faturrahman bin Mohammad Farid from the electronics field. Mr Faturrahman is a student of the MARA-Japan Industrial Institute of Beranang. Already placed there beginning in July 2016. The presence of Mrs Fitrah to the company was welcomed by En Ariyoshi Daisuke, the Director of Corporate Planning and Human Resource Development Seiko Denki Seisakusho Co; Ltd.

Pada tanggal 17 Mei 2018, Puan Fitrah telah berkesempatan melawat seorang pelajar kami di OISCA Shikoku Training Center iaitu saudari Norsyameera binti Kamaruzaman dari bidang Agro. Norsyameera adalah pelajar lepasan KPM Beranang dan baru sahaja berangkat ke Jepun pada Februari 2018. Norsyameera akan berada disana selama 10 bulan bagi mengikuti program di bawah seliaan OISCA Japan. Kehadiran Puan Fitrah telah disambut oleh En Ono Takashi iaitu Pengarah OISCA Shikoku Training Center.
On May 17, 2018, Mrs Fitrah had a chance to visit a student at OISCA Shikoku Training Center, Ms Norsyameera binti Kamaruzaman from Agro field. Ms Norsyameera is a student of KPM Beranang and has just departed to Japan in February 2018. Ms Norsyameera will be there for 10 months to join the program under the supervision of OISCA Japan. Mrs. Fitrah's presence was welcomed by En Ono Takashi, Director of the OISCA Shikoku Training Center.

Puan Fitrah meneruskan lawatan dengan melawat OISCA Chubu Training Center pada tanggal 19 Mei 2018. Lawatan ke pusat latihan ini disambut oleh En Muramatsu Akira (Pengarah) dan Puan Munakata Juie (Pengurus Latihan). Terdapat empat orang pelajar yang ditempatkan disitu. Pelajar ini akan berada disitu selama 2 bulan sebelum diserap ke syarikat. Empat orang pelajar ini adalah dari bidang Automotif dan akan ditempatkan di syarikat Mikawa Daihatsu Co; Ltd serta syarikat Asaoka Automobile Co; Ltd.
Mrs Fitrah continue by visiting the OISCA Chubu Training Center on May 19, 2018. The visit to this training center was welcomed by Mr. Muramatsu Akira (Director) and Mrs. Munakata Juie (Training Manager). There are four students placed there. This student will be there for 2 months before being absorbed into the company. These four students are from the Automotive field and will be placed at Mikawa Daihatsu Co; Ltd and Asaoka Automobile Co; Ltd.

Lawatan diteruskan dengan melawat syarikat Wild Goose Co; Ltd di Toyota City pada tanggal 19 Mei 2018. Seorang pelajar telah ditempatkan di syarikat tersebut iaitu saudara Amirnur Azmi bin Mohd Azmi dari bidang Automotif. Saudara Amirnur adalah pelajar lepasan dari KKTM Kuantan dan telah berada di Jepun bermula Disember 2017.
The visit was continued by visiting the Wild Goose Co company; Ltd at Toyota City on May 19, 2018. A student was placed in the company Mr Amirnur Azmi bin Mohd Azmi from the Automotive field. Mr Amirnur's is a graduate student from KKTM Kuantan and has been in Japan since December 2017.

Lawatan Puan Fitrah diakhiri dengan menghadiri Majlis Graduasi Pelajar di OISCA Collage pada tanggal 20 Mei 2018. Kehadiran Puan Fitrah disambut oleh En Tomoda Kazuomi (Pengarah OISCA Collage), En Nakamura (CEO Nakamura Construction Co; Ltd), En Hayashi Hirokazu (Pengurus Bahagian Sumber Manusia Nakamura Construction Co; Ltd) dan En Otani Takashi (Ketua Engineer Mito Construction Co; Ltd). Majlis ini adalah untuk meraikan 3 orang pelajar MARA-OISCA. Mereka terdiri daripada 2 orang dari syarikat Mito Construction Co; Ltd iaitu Muhammad Shazwan Bin Rosman dan Syahrol Ezmer Bin Abdul Razak. Seorang lagi adalah dari syarikat Taiyo Seisakusho Co; Ltd iaitu Muhammad Firdaus Bin Ibrahim. Tahniah kami ucapkan pada pelajar yang telah tamat dengan cemerlang dan jaya.
At the end of visit, Mrs Fitrah attend the Student Graduation Ceremony at OISCA Collage on May 20, 2018. Mrs. Fitrah's presence was met by En Tomoda Kazuomi (Director of OISCA Collage), En Nakamura (Nakamura Construction Co Ltd), En Hayashi Hirokazu (Source Division Manager Nakamura Human Construction Co.; Ltd.) and En Otani Takashi (Chief Engineer of Mito Construction Co.; Ltd). The ceremony is to celebrate 3 MARA-OISCA students. They consist of 2 people from Mito Construction Co; Ltd, Muhammad Shazwan Bin Rosman and Syahrol Ezmer Bin Abdul Razak. Another is from Taiyo Seisakusho Co.; Ltd., Muhammad Firdaus Bin Ibrahim. Congratulations to our students who have graduate with excellence and success.