PENGHANTARAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN BATCH 2/2018
- ズ ルキフリ
- Mar 20, 2018
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 5 orang pelajarnya ke Jepun pada tanggal 20 Mac 2018 bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 3 tahun. Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui pesawat Malaysia Airlines pada jam 11.35malam.
Mereka terdiri daripada 3 orang pelajar dari bidang bangunan dan 2 orang untuk bidang Aircond. 2 orang pelajar bangunan akan ditempatkan di Syarikat Nakamura Construction Co; Ltd iaitu saudara Muhamad Ashraf Bin Ibrahim (KKTM Pasir) dan saudara Aidil Syaffuan Bin Sulaiman (KKTM Seri Gading), seorang pelajar bangunan di Syarikat Mito Construction Co; Ltd iaitu saudara Mohd Firdaus Safwan Bin Musinin (KKTM Seri Gading) dan dua orang pelajar Aircond ditempatkan di Syarikat Kakegawa Kucho Co; Ltd iaitu saudara Muhammad Hamizan Bin Zulkifli (IKM Sik) dan Muhammad Ridhwan Bin Abdul Rahman (UniKL MFI).. Kesemua mereka adalah pelajar dibawah Program Perantisan MARA-OISCA dan ditaja sepenuhnya oleh MARA dan OISCA..

