top of page
Search

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DARI PEGAWAI MARA DAERAH HULU LANGAT

  • ズ ルキフリ
  • Feb 22, 2018
  • 1 min read

Satu taklimat keusahawanan telah diadakan pada 21 Februari 2018 di Dewan Hyogo MJII Beranang pada jam 2.00petang. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai MARA Daerah Hulu Langat iaitu En Ahmad Firdaus. Pelbagai perkongsian mengenai kemudahan pembiayaan dan program keusahawanan di bawah MARA.


Taklimat ini diadakan bagi memenuhi harapan Pengarah BKT MARA yang mahukan pelajar-pelajar OISCA yang pulang dari Jepun selepas 3 tahun untuk menjadi usahawan berjaya dan dapat membantu ekonomi bumiputera. Seramai 18 orang pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA terlibat dalam taklimat ini. Ibu bapa juga dijemput untuk mendengar taklimat ini.




Puan Syarifah Ruhil Amani Binti Syed Omar (Pengurus OISCA Malaysia) telah mewakili MARA dan OISCA untuk menyampaikan cenderamata. Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian En Ahmad Firdaus datang dan memberi sedikit perkongsian kepada pelajar kami.



 
 
 

Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page